Pernahkah kita lihat rakan kita yang boleh melukis tanpa perlu susah payah? Apa sahaja yang dilakarkan di atas kertas kita lihat sebagai suatu seni. Itulah antara BAKAT anugerah Allah yang telah diberikan sejak kita di dalam rahim ibu lagi. Setiap manusia lahir bersama bakat tanpa disedari oleh empunya badan. Kadang-kala kita tidak sedar keupayaan kita itu adalah sejenis bakat kerana kita tidak perlu bersusah payah pun membuatnya. Buka sahaja mulut, suaranya merdu sekali walaupun hanya menyanyi tanpa iringan muzik.
Namun begitu, bakat anugerah Allah ini mungkin tidak ditonjolkan sekiranya tiada tindakan mencungkilnya. Bakat seni lukis misalannya dapat dicungkil dengan aktiviti melukis sejak muda lagi.
Bakat dapat ditukarkan menjadi sesuatu yang luar biasa sekiranya seseorang dapat mengenali bakatnya sejak awal lagi.
Mengenali bakat adalah langkah pertama. Mengasah bakat adalah langkah seterusnya. Bakat yang digilap dengan bersungguh-sungguh tanpa erti putus asa dan jemu akan bertukar menjadi sesuatu yang tidak ternilai.
Kenali bakat anak anda sejak kecil lagi. Ia anugerah Allah kepada semua hamba-Nya.

0 comments:
Post a Comment