Sehingga kini, terdapat 80 cawangan ABS di seluruh Negara. Laman web ini menumpukan aktiviti, berita bagi Tadika ABS di negeri Kedah bagi memudahkan komuniti setempat menyertai pelbagai aktiviti anjuran Tadika ABS sepanjang tahun.
1. Sungai Petani - Si Kecil Genius
No 1010, Jalan Melor 2/1 , Persiaran Amanjaya 5, Bandar Amanjaya 08000, Sungai Petani, Kedah
Telefon : 01132740803
Peta Google : Klik
2. Jitra - Kembara Bijak
No. 37 Taman Darulaman, Jalan Osman Aroff, 06000 Jitra, Kedah.
Telefon : 0177784681
Peta Google : Klik
3. Jitra - Aulad Pintar Bestari
4. Changlun - Taman Teja
5. Changlun - Taman Keruing
6. Alor Setar - LITC Mergong
5 Faedah Menjadi Ahli Kelab Robotik Kembara Bijak
1. Belajar prinsip saintifik seperti teori kuasa elektrik
2. Belajar fokus semasa membina robot mengikut arahan
3. Belajar konsep penyelesaian masalah melalui eksperimen
4. Merasai sendiri pengalaman menggerakkan robot
5. Melatih kreativiti dalam membuat rekabentuk robot ciptaan sendiri
Sasaran 2 robot dihasilkan dalam 1 sesi
Terhad 4 peserta setiap sesi
Umur 7-12 tahun
8 Sesi Dibuka :
Sesi A : 5 Disember 2014 (Jumaat 9.30 - 11.30 pagi)
Sesi B : 5 Disember 2014 (Jumaat 3.30 - 5.30 petang)
Sesi C : 6 Disember 2014 (Sabtu 9.30 - 11.30 pagi)
Sesi D : 6 Disember 2014 (Sabtu 2.30 - 4.30 petang)
Sesi E : 12 Disember 2014 (Jumaat 9.30 - 11.30 pagi)
Sesi F : 12 Disember 2014 (Jumaat 3.30 - 5.30 petang)
Sesi G : 13 Disember 2014 (Sabtu 9.30 - 11.30 pagi)
Sesi H : 13 Disember 2014 (Sabtu 2.30 - 4.30 petang)
Bayaran RM50 seorang 1 sesi
@ RM40 seorang 1 sesi bagi peserta yang mempunyai adik-beradik berdaftar sebagai Pelajar Tadika ABS Kembara Bijak
Mahukah tuan/puan menghantar tuan muda dan cikpuan muda ke kelas ini?
Whatsapp <robot> <nama anak & umur> <sesi> ke 0177784681.
Tadika ABS Kembara Bijak akan menganjurkan Aktiviti Kembara Chef Cilik pada 12 & 13 Disember 2014 (Jumaat & Sabtu).
4 Faedah Utama Menyertai Aktiviti Ini :
1. Memupuk kreativiti dan idea dalam menghasilkan dekorasi kek
2. Melatih tumpuan dan kesabaran
3. Belajar berkongsi peralatan dekorasi
4. Belajar berkawan-kawan
Terhad 12 ahli satu sesi bagi anak-anak 3-6 tahun
Sesi A : 12 Disember 2014 (Jumaat 9.30 pagi - 11.30 pagi)
Sesi B : 12 Disember 2014 (Jumaat 3.30 petang - 5.30 petang)
Sesi C : 13 Disember 2014 (Sabtu 9.30 pagi - 11.30 pagi)
Sesi D : 13 Disember 2014 (Sabtu 2.30 petang - 4.30 petang)
Sesi D : 13 Disember 2014 (Sabtu 2.30 petang - 4.30 petang)
Bayaran RM10 seorang satu sesi (RM5 / sesi buat pelajar yang berdaftar di Tadika ABS Kembara Bijak)
Whatsapp <chef> <nama anak> <umur> <sesi> ke 0177784681 untuk mendaftar.
Tadika ABS Kembara Bijak
37 Taman Darulaman
Jalan Osman Aroff
06000 Jitra
Kedah
0177784681
Masa sejam ini telah digunakan sebaik mungkin oleh ibu bapa yang hadir. Melihat potensi dan perkembangan anak-anak yang kadang-kadang tidak disedari apabila duduk bersendirian di rumah.
Raikan bakat dan potensi anak-anak. Dedahkan dengan pelbagai aktiviti supaya kita boleh nampak potensi bakat yang ada dalam diri mereka. Setiap anak adalah unik, setiap kita ada anugerah bakat yang Allah berikan. Kadang-kala kita sendiri tidak sedar kita berbakat kerana kita boleh buat sesuatu perkara dengan mudah. Buka sahaja mulut suaranya sudah merdu, pegang sahaja pensil, tulisannya sudah cantik. Pada kita mungkin itu biasa, tetapi bagi orang lain yang melihatnya, ia satu bakat anugerah Allah pada hamba-Nya. Sekiranya bakat itu dijumpai dan digilap tanpa putus asa, akan muncullah ramai insan luar biasa, insya-Allah.
Adakah tuan/puan melatih kreativiti anak melalui permainan LEGO?
Whatsapp <lego> <nama dan umur anak> ke 0177784681 untuk mendaftar.
Tuan Muda Irfan dengan rekaan Taman Bunga
Cikpuan Muda Nur Amani Sofea gembira bermain Cikpuan Muda Iyman Amalea
Tuan Muda Muhammad Haziq Irfan aktif mereka cipta keretapi
Tuan Muda Husin dengan rekaan Menara Kuala Lumpur
Khusyuk mereka cipta pelbagai bentuk, imaginasi tiada batasan !
Teliti sungguh Tuan Muda Syafiq membina taman bunga
Tuan Muda Muhammad Naufal ini banyak sungguh idea ciptaannya
Tuan Muda Ibrahim Adham dan Tuan Muda Umar Akief, antara adik beradik yang datang bersama-sama.
Tuan Muda Muhammad Azri Hafiz dan Tuan Muda Muhammad Amirul Muiz yang datang dari Perlis untuk sama-sama di dalam aktiviti bermain LEGO sambil melatih kreativiti.
Kapal terbang ciptaan Tuan Muda Muhammad Haziq Irfan
Ibu-ibu yang sudi meluangkan masa bersama anak-anak di tadika
Masa berkualiti bersama anak-anak
Tuan Muda Hakim dan Tuan Muda Irfan yang aktif menghasilkan pelbagai rekaan