Masa sejam ini telah digunakan sebaik mungkin oleh ibu bapa yang hadir. Melihat potensi dan perkembangan anak-anak yang kadang-kadang tidak disedari apabila duduk bersendirian di rumah.
Raikan bakat dan potensi anak-anak. Dedahkan dengan pelbagai aktiviti supaya kita boleh nampak potensi bakat yang ada dalam diri mereka. Setiap anak adalah unik, setiap kita ada anugerah bakat yang Allah berikan. Kadang-kala kita sendiri tidak sedar kita berbakat kerana kita boleh buat sesuatu perkara dengan mudah. Buka sahaja mulut suaranya sudah merdu, pegang sahaja pensil, tulisannya sudah cantik. Pada kita mungkin itu biasa, tetapi bagi orang lain yang melihatnya, ia satu bakat anugerah Allah pada hamba-Nya. Sekiranya bakat itu dijumpai dan digilap tanpa putus asa, akan muncullah ramai insan luar biasa, insya-Allah.
Adakah tuan/puan melatih kreativiti anak melalui permainan LEGO?
Whatsapp <lego> <nama dan umur anak> ke 0177784681 untuk mendaftar.
Tuan Muda Irfan dengan rekaan Taman Bunga
Cikpuan Muda Nur Amani Sofea gembira bermain Cikpuan Muda Iyman Amalea
Tuan Muda Muhammad Haziq Irfan aktif mereka cipta keretapi
Tuan Muda Husin dengan rekaan Menara Kuala Lumpur
Khusyuk mereka cipta pelbagai bentuk, imaginasi tiada batasan !
Teliti sungguh Tuan Muda Syafiq membina taman bunga
Tuan Muda Muhammad Naufal ini banyak sungguh idea ciptaannya
Tuan Muda Ibrahim Adham dan Tuan Muda Umar Akief, antara adik beradik yang datang bersama-sama.
Tuan Muda Muhammad Azri Hafiz dan Tuan Muda Muhammad Amirul Muiz yang datang dari Perlis untuk sama-sama di dalam aktiviti bermain LEGO sambil melatih kreativiti.
Kapal terbang ciptaan Tuan Muda Muhammad Haziq Irfan
Ibu-ibu yang sudi meluangkan masa bersama anak-anak di tadika
Masa berkualiti bersama anak-anak
Tuan Muda Hakim dan Tuan Muda Irfan yang aktif menghasilkan pelbagai rekaan
0 comments:
Post a Comment