Melahirkan Generasi Berbudaya Tinggi

6 Tadika ABS Di Kedah Darul Aman

Sehingga kini, terdapat 80 cawangan ABS di seluruh Negara. Laman web ini menumpukan aktiviti, berita bagi Tadika ABS di negeri Kedah bagi memudahkan komuniti setempat menyertai pelbagai aktiviti anjuran Tadika ABS sepanjang tahun.

1. Sungai Petani - Si Kecil Genius


No 1010, Jalan Melor 2/1 , Persiaran Amanjaya 5, Bandar Amanjaya 08000, Sungai Petani, Kedah
Telefon : 01132740803
Peta Google : Klik

2. Jitra - Kembara Bijak


No. 37 Taman Darulaman, Jalan Osman Aroff, 06000 Jitra, Kedah.
Telefon : 0177784681
Peta Google : Klik

3. Jitra - Aulad Pintar Bestari

4. Changlun - Taman Teja

5. Changlun - Taman Keruing

6. Alor Setar - LITC Mergong

5 Faedah Menjadi Ahli Kelab Robotik Kembara Bijak



5 Faedah Menjadi Ahli Kelab Robotik Kembara Bijak

1. Belajar prinsip saintifik seperti teori kuasa elektrik
2. Belajar fokus semasa membina robot mengikut arahan
3. Belajar konsep penyelesaian masalah melalui eksperimen
4. Merasai sendiri pengalaman menggerakkan robot
5. Melatih kreativiti dalam membuat rekabentuk robot ciptaan sendiri

Sasaran 2 robot dihasilkan dalam 1 sesi
Terhad 4 peserta setiap sesi
Umur 7-12 tahun

8 Sesi Dibuka :

Sesi A : 5 Disember 2014 (Jumaat 9.30 - 11.30 pagi)
Sesi B : 5 Disember 2014 (Jumaat 3.30 - 5.30 petang)
Sesi C : 6 Disember 2014 (Sabtu 9.30 - 11.30 pagi)
Sesi D : 6 Disember 2014 (Sabtu 2.30 - 4.30 petang)
Sesi E : 12 Disember 2014 (Jumaat 9.30 - 11.30 pagi)
Sesi F : 12 Disember 2014 (Jumaat 3.30 - 5.30 petang)
Sesi G : 13 Disember 2014 (Sabtu 9.30 - 11.30 pagi)
Sesi H : 13 Disember 2014 (Sabtu 2.30 - 4.30 petang)

Bayaran RM50 seorang 1 sesi
@ RM40 seorang 1 sesi bagi peserta yang mempunyai adik-beradik berdaftar sebagai Pelajar Tadika ABS Kembara Bijak

Mahukah tuan/puan menghantar tuan muda dan cikpuan muda ke kelas ini?

Whatsapp <robot> <nama anak & umur> <sesi> ke 0177784681.

Kembara Chef Cilik di Tadika ABS Kembara Bijak 12 & 13 Disember


Tadika ABS Kembara Bijak akan menganjurkan Aktiviti Kembara Chef Cilik pada 12 & 13 Disember 2014 (Jumaat & Sabtu).

4 Faedah Utama Menyertai Aktiviti Ini :

1. Memupuk kreativiti dan idea dalam menghasilkan dekorasi kek 
2. Melatih tumpuan dan kesabaran
3. Belajar berkongsi peralatan dekorasi
4. Belajar berkawan-kawan

Terhad 12 ahli satu sesi bagi anak-anak 3-6 tahun

Sesi A : 12 Disember 2014 (Jumaat 9.30 pagi - 11.30 pagi)
Sesi B : 12 Disember 2014 (Jumaat 3.30 petang - 5.30 petang)
Sesi C : 13 Disember 2014 (Sabtu 9.30 pagi - 11.30 pagi)
Sesi D : 13 Disember 2014 (Sabtu 2.30 petang - 4.30 petang)

Bayaran RM10 seorang satu sesi (RM5 / sesi buat pelajar yang berdaftar di Tadika ABS Kembara Bijak)

Whatsapp <chef> <nama anak> <umur> <sesi> ke 0177784681 untuk mendaftar.

Tadika ABS Kembara Bijak
37 Taman Darulaman
Jalan Osman Aroff
06000 Jitra
Kedah
0177784681

Gambar Aktiviti Playgroup LEGO di Tadika ABS Kembara Bijak

Masa sejam ini telah digunakan sebaik mungkin oleh ibu bapa yang hadir. Melihat potensi dan perkembangan anak-anak yang kadang-kadang tidak disedari apabila duduk bersendirian di rumah.

Raikan bakat dan potensi anak-anak. Dedahkan dengan pelbagai aktiviti supaya kita boleh nampak potensi bakat yang ada dalam diri mereka. Setiap anak adalah unik, setiap kita ada anugerah bakat yang Allah berikan. Kadang-kala kita sendiri tidak sedar kita berbakat kerana kita boleh buat sesuatu perkara dengan mudah. Buka sahaja mulut suaranya sudah merdu, pegang sahaja pensil, tulisannya sudah cantik. Pada kita mungkin itu biasa, tetapi bagi orang lain yang melihatnya, ia satu bakat anugerah Allah pada hamba-Nya. Sekiranya bakat itu dijumpai dan digilap tanpa putus asa, akan muncullah ramai insan luar biasa, insya-Allah.

Adakah tuan/puan melatih kreativiti anak melalui permainan LEGO?

Whatsapp <lego> <nama dan umur anak> ke 0177784681 untuk mendaftar.


Tuan Muda Irfan dengan rekaan Taman Bunga

Cikpuan Muda Nur Amani Sofea gembira bermain Cikpuan Muda Iyman Amalea


Tuan Muda Muhammad Haziq Irfan aktif mereka cipta keretapi



Tuan Muda Husin dengan rekaan Menara Kuala Lumpur

Khusyuk mereka cipta pelbagai bentuk, imaginasi tiada batasan !

Teliti sungguh Tuan Muda Syafiq membina taman bunga

Tuan Muda Muhammad Naufal ini banyak sungguh idea ciptaannya

Tuan Muda Ibrahim Adham dan Tuan Muda Umar Akief, antara adik beradik yang datang bersama-sama. 

Tuan Muda Muhammad Azri Hafiz dan Tuan Muda Muhammad Amirul Muiz yang datang dari Perlis untuk sama-sama di dalam aktiviti bermain LEGO sambil melatih kreativiti.


Kapal terbang ciptaan Tuan Muda Muhammad Haziq Irfan

Ibu-ibu yang sudi meluangkan masa bersama anak-anak di tadika

Masa berkualiti bersama anak-anak

Tuan Muda Hakim dan Tuan Muda Irfan yang aktif menghasilkan pelbagai rekaan

Aktiviti Bermain LEGO Sambil Berkawan Di Tadika ABS Kembara Bijak

Tadika ABS Kembara Bijak akan menganjurkan aktiviti Playgroup LEGO Setiap Jumaat & Sabtu, sepanjang November 2014 ini.

4 Faedah Utama Menyertai Playgroup LEGO Ini :

1. Memupuk kreativiti dan idea dalam menghasilkan pelbagai bentuk menggunakan LEGO
2. Melatih koordinasi mata dan tangan
3. Mengenal bentuk dan warna sambil mengira
4. Belajar berkawan-kawan dan berkongsi permainan


  • Terhad 5 ahli satu sesi bagi anak-anak 3-6 tahun
  • Bayaran RM5 seorang satu sesi (percuma buat pelajar yang telah mendaftar di Tadika ABS Kembara Bijak).


Whatsapp <lego> <nama anak> <umur> ke 0177784681 untuk mendaftar.

Tadika ABS Kembara Bijak
37 Taman Darulaman
Jalan Osman Aroff
06000 Jitra
Kedah
0177784681

Fokus Kepada Perkara Baik Untuk Mendorong Anak-anak


Fokus kepada perkara baik.
Apabila anak melakukan kesalahan teknikal, tutup mata pada kesalahan itu. Buat-buat macam kita tidak nampak salahnya.

Sebaliknya, cari kebaikan untuk dipuji.

Contohnya, anak kecil kita membasuh pinggan sendiri hingga basah lantai dapur.

+ Jangan kritik, marah atau berleter kerana dapur basah.
+ Puji sikap baiknya yang basuh pinggan sendiri. Puji pinggannya yang dicuci bersih.

Nanti sukalah dia menolong kerja rumah. Lama-lama pandailah dia membuat kerja dengan cermat kerana dia seronok melakukan kerja itu.

Dipetik daripada FB Puan Nurhidayah Jaafar, konsultan Teknik Nabi (Tadika ABS).

Pernahkah kita lihat rakan kita yang boleh melukis tanpa perlu susah payah? Apa sahaja yang dilakarkan di atas kertas kita lihat sebagai suatu seni. Itulah antara BAKAT anugerah Allah yang telah diberikan sejak kita di dalam rahim ibu lagi. Setiap manusia lahir bersama bakat tanpa disedari oleh empunya badan. Kadang-kala kita tidak sedar keupayaan kita itu adalah sejenis bakat kerana kita tidak perlu bersusah payah pun membuatnya. Buka sahaja mulut, suaranya merdu sekali walaupun hanya menyanyi tanpa iringan muzik.

Namun begitu, bakat anugerah Allah ini mungkin tidak ditonjolkan sekiranya tiada tindakan mencungkilnya. Bakat seni lukis misalannya dapat dicungkil dengan aktiviti melukis sejak muda lagi.

Bakat dapat ditukarkan menjadi sesuatu yang luar biasa sekiranya seseorang dapat mengenali bakatnya sejak awal lagi.

Mengenali bakat adalah langkah pertama. Mengasah bakat adalah langkah seterusnya. Bakat yang digilap dengan bersungguh-sungguh tanpa erti putus asa dan jemu akan bertukar menjadi sesuatu yang tidak ternilai.

Kenali bakat anak anda sejak kecil lagi. Ia anugerah Allah kepada semua hamba-Nya.


Open Play Day dan Kempen Pendaftaran Pelajar 2015 di Tasik Jitra pada 18 Oktober 2014.

Senarai tadika yang bekerjasama dalam kempen :

1. Tadika ABS Kembara Bijak, Jitra
2. Tadika ABS Aulad Pintar Bestari, Jitra
3. Tadika ABS Cilik, Changlun
4. Tadika ABS Graduan Cilik, Changlun

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir walaupun hujan lebat. 

Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar doa hamba-Nya. Kurniakan kebaikan ke atas para tetamu kami atas kebaikan mereka menyokong usaha kami dalam misi memandaikan anak bangsa di Tadika ABS.







1. Layari www.TadikaABS.com
2. Klik pada menu DAFTAR
3. Pilih negeri Kedah
4. Klik pada Tadika ABS Kembara Bijak
5. Isikan maklumat pendaftaran dengan lengkap dan klik Daftar
Tuan/puan akan menerima e-mel notifikasi.

Pendaftaran bagi sesi 2015 di TKB Jitra dibuka sekarang untuk 45 orang pelajar
(4 tahun : 15 pelajar, 5 tahun : 15 pelajar, 6 tahun 15 pelajar).
Klik Message di FB Tadika ABS Kembara Bijak Jitra (https://www.facebook.com/TadikaKB) atau Whatsapp 0177784681 untuk sebarang pertanyaan.
Bersama kami dalam Misi Memandaikan Bangsa dan Melahirkan Generasi Berbudaya Tinggi di Rangkaian Tadika ABS.


Raikan Bakat Si Cilik



Di Tadika ABS, kami meraikan bakat anak-anak.


Buat yang suka melukis, biarkan anak-anak mengekpresi diri dengan melukis bersama Tuan Nasrul Lagendaseni.

Buat yang suka menari dan melompat, biarkan anak-anak bersama dengan Tuan Badut yang bijak menghibur.

Buat yang suka memerhati dan meniru, biarkan anak-anak ini memilih sendiri aktiviti di stesyen-stesyen belajar sambil bermain.

Buat anak-anak yang suka berniaga seperti Mael dalam Cerita Upin & Ipin, boleh sertai aktiviti Kelab 'ARAF.

Jumpa di Tasik Jitra pada Sabtu ini 18 Oktober jam 5.00-7.00 petang.

Pasti ada yang tersenyum melihat bakat-bakat terpendam di dalam setiap anak.

Setiap anak adalah unik, raikan warna-warni si cilik.

Whatsapp <nama anak> <umur> ke 0177784681 untuk menerima e-kupon minuman coklat malt ReeVo pada waktu program.

Open Play Day Tadika ABS (Kedah) 18 Oktober 2014



Klik untuk paparan lebih jelas


Hari bermain untuk ibu bapa dan anak-anak 3 tahun ke atas. 

Pelbagai aktiviti permainan untuk mencungkil bakat, kebolehan dan minat anak-anak.

Berseronok dan berkawan sambil belajar!

Hebahkan dan datanglah beramai-ramai membawa anak dan sanak saudara

PERCUMA dan TERBUKA untuk semua.

The Little Ibnu Sina : Program Faham Sains Melalui Cerita





Program Faham Sains Melalui Cerita. Konsep sains mudah difahami melalui ilustrasi.

Tadika ABS menggunakan modul Little Ibnu Sina untuk mata pelajaran sains. 

Mahukah tuan/puan anak-anak belajar sains secara mudah?

Pradaftar 2015 Tadika Kembara Bijak Jitra Dibuka Sekarang



Assalamualaikum w.b.t

Tuan/Puan yang kami hormati.

Pradaftar kemasukan ke Tadika ABS Kembara Bijak Jitra, Kedah bagi umur 4 hingga 6 tahun kini dibuka.

Sila SMS/Whatsapp/E-mel tadikakb[at]gmail.com/ PM di FB : Tadika ABS Kembara Bijak info berikut :

1. Nama anak :
2. Umur anak (2015) :
3. Nama ibu/bapa :
4. Nombor telefon :
5. E-mel (untuk kami hantarkan modul dan senarai yuran) :

Selamat Menyambut Hari Malaysia. Di sini lahirnya sebuah cinta.

Salam hormat,

Tadika Kembara Bijak
Jitra Kedah
www.TadikaKB.com


Pendaftaran Tadika ABS Kembara Bijak Tahun 2015 Dibuka Sekarang





Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Puan Nurul 017 778 4681 
Tuan Amir 017 468 000 2

Rangkaian Tadika ABS



Tadika dalam Rangkaian TADIKA ABS juga menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK 2010) yang bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyuburkan melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.

Melalui kurikulum ini kemahiran literasi dan numerasi asas murid dipertingkatkan, keyakinan dibangunkan dan konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak dipupuk. Ini adalah untuk menyediakan murid agar mereka berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi kelangsungan pembelajaran seterusnya.

KSPK terbina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.

Pembelajaran

Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran berikut:

# Komunikasi
# Kerohanian
# Sikap dan nilai
# Kemanusiaan
# Sains Teknologi
# Perkembangan fizikal dan estetika
# Pembangunan keterampilan diri

Pada peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) Developmentally Appropriate Practices.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersifat fleksibel tetapi terancang di mana semua murid terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan dan kelas sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat menggalakkan naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah semulajadi kanak-kanak.




Rangkaian Tadika ABS menawarkan 3 nilai :

1) Guru-guru mengaplikasi Teknik Nabi bagi mendorong pelajar supaya suka belajar. Kanak-kanak tidak dimarahi, diugut, dileteri, disindir, ataupun dihukum, sebaliknya mereka didorong dengan menggunakan teknik memuji yang betul.

(NILAI: Jiwa dan emosi pelajar tidak sakit.)

2) Guru-guru bercakap kepada pelajar menggunakan fonetik dan nahu Bahasa Melayu Tinggi. Guru memanggil pelajar dengan panggilan 'Tuan Muda' dan 'Cikpuan Muda'.

(NILAI: Jiwa dan emosi pelajar lebih seronok, gembira dan bahagia.)

3) Tadika ABS mempunyai Kelab ARAF di mana sejak kecil pelajar sudah diasuh menjadi usahawan yang baik akhlaknya.

(NILAI: Menyelesaikan kesukaran ibu bapa yang tidak pandai cara mengajarkan sendiri ilmu bisnes kepada anak-anak mereka.)